SEIMBAS LALU



SEIMBAS LALU AKAN BERUBAH WAJAH DAN LEBIH FOKUS KEPADA KELUARGA DAN HOBI. HARAPAN SAYA AGAR BLOG INI DAPAT MENJADI SATU MEDIUM UNTUK SAYA BERKONGSI GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL BAGI TATAPAN SEMUA SAHABAT...


Tuesday, February 15, 2011

KAWASAN BELAKANG RUMAH


 Daunan berduri ini sengaja saya menggunakan lens macro untuk melihat titisan air embun pada waktu pagi...

 Bunga ini juga menggunakan lens macro dan saya sebenarnya fokus kepada semut yang sedang berjalan- jalan atas bunga tersebut. mungkin teknik saya kurang sempurna tetapi ini merupakan satu percubaan yang menarik untuk saya...


 Buah jambu madu ini telah ditanam sejak awal menduduki rumah ini dan kami sekeluarga sudah beberapa kali menikmati buahnya. walaupun tak sesedap buah jambu madu RnR Tapah... tetapi buah ini bebas racun dan toksik dan boleh terus dimakan begitu sahaja... sebab tu buah ini juga menjadi idaman burung dan ulat...

 Pagi ini saya terkejut kerana pokok cempedak madu yang ditanam telah berbuah. walaupun prnah berbuah dulu tetapi buahnya kering lalu mati. Kini saya lihat buah ini seakan menjadi dan insyallah mesti akan menjadi...

 Bunga kertas ini saya fokus pada bunga kecil yang berwarna putih... maaf saya kurang arif nama sainstifiknya... bagi saya bunga putih ini walaupun kecil tetapi mempunyai makna yang besar. sama seperti dalam hidup kita adakalanya..ada perkara yang kecil harus kita beri perhatian....
 pohon ini sangat harum bau bunganya... rajin juga berbunga....

 Percaya atau tidak pohon mangga chikunan nie telah 5 tahun ditanam tapi tidak pernah mengluarkan hasil... baru dalam bulan ini kelihatan buahnya... saya bercadang nak tebang aje pohon mangga ini tetapi sayang pula...
 Pokok pisang memang senang ditanam dan berbuah... sekarang ni ada lima pokok yang sedang berbuah dan menunggu masa untuk masak.. kalau masak serentak maka isteri saya terpaksa la buka warung jual pisang goreng depan rumah....

Apakah ini? gambar yang menggunakan lens macro ini sengaja saya upload dalam ruang ini sebagai satu hasil kreatif ( hahahaha kreatif la kononnya) untuk melakukan percubaan yan berbeza....

No comments:

Post a Comment