SEIMBAS LALU



SEIMBAS LALU AKAN BERUBAH WAJAH DAN LEBIH FOKUS KEPADA KELUARGA DAN HOBI. HARAPAN SAYA AGAR BLOG INI DAPAT MENJADI SATU MEDIUM UNTUK SAYA BERKONGSI GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL BAGI TATAPAN SEMUA SAHABAT...


Wednesday, February 16, 2011

GAmbar Landskap di Sabah

 Pemandangan di pantai Tanjung Aru Sabah
sangat teruja melihat keindahan alam di negeri Sabah
 pemandangan ini pula merupakan kawasan orang ramai berkelah di tepi pantai Kota Kinabalu...

 Pemandangan ini saya ambil pada waktu 7 pagi dari rumah penginapan di kaki gunung Kinabalu..Sangat cantik dan nyaman. 
 Gambar landskap ini pula pada waktu 6 pagi... masih gelap tetapi sudah kelihatan mentari...cahayanya yang membias langit melahirkan suasana yang indah
 Orkid hutan yang sangat cantik.... mudah ditemui dan flora ini diambil di kaki gunung Kinabalu
Inilah rumah tumpangan kami di kaki Gunung Kinabalu. Tempatnya agak sukar untuk sampai ke sana. Walaupun mengalami kesulitan ketika hendak ke sana iaitu di Kundasang tetapi amat berbaloi dan inilah Kiram Village
 inilah bunga Daisy  yang berjaya saya ambil gambarnya dalam view yang menarik dan unik. Walaupun saya pengguna baru camera DSLR tetapi gambar ini seolah-olah telah memberi semangat kepada saya untuk mengambil gambar lagi terutama gambar landskap.
 Flora ini saya ambil di Post pendaftaran di Gunung Kinabalu...
Kepuasan mengambil gambar jelas teserlah pada gambar ini



No comments:

Post a Comment