SEIMBAS LALU



SEIMBAS LALU AKAN BERUBAH WAJAH DAN LEBIH FOKUS KEPADA KELUARGA DAN HOBI. HARAPAN SAYA AGAR BLOG INI DAPAT MENJADI SATU MEDIUM UNTUK SAYA BERKONGSI GAMBAR YANG TELAH DIAMBIL BAGI TATAPAN SEMUA SAHABAT...


Tuesday, August 16, 2011

SOALAN PERCUBAAN BM SPM PERINGKAT NEGERI

Salam bicara untuk semua pelajar...
dalam masa terdekat ini saya akan lampirkan soalan peperiksaan percubaan BM spm peringkat negeri.

buat masa ini soalan dari SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)telah pun ada...
insyallah Allah dalam masa hujung minggu ini akan ada dalam entri saya.

soalan dari negeri lain akan menyusul

selamat BERPERANG

Monday, August 15, 2011

KEMBALI ...

sudah lama saya meninggalkan blog ini...
kesian blog ini, atas kesibukan masa kerja ....
maafkan saya..

HARPAN SAYA... BLOG INI MASIH TERUS RELEVAN UNTUK SAYA BERBICARA..


Tuesday, February 22, 2011

malam di PutraJaya

 suasana malam yang sangat cantik
 isteri dan anak... dua-dua cantik

 bersama adik ipar... dua-dua cantik tetapi sengal...
 HERO MALAYA
 Hero Malaya
buah hati pengarang jantung
senja yang indah

 di moroco...


 Mesjid Putrajaya
cantik dilihat pada waktu malam

 Istana ...
 keindahan yang memberi definisi baru kepada Putrajaya




 Mesjid Kristal....

Saturday, February 19, 2011

senja di bukit Belacan...



 Khamis lalu saya sempat singgah di laluan jalan Ampang ke Hulu Langat. Kawasan siar pandang di situ memang ramai orang terutamanya pasangan yang memadu kasih di situ....
saya pula hanya memadu kasih dengan kamera dan di temani dengan nyamuk yang banyak...






Corak cahaya yang terbias di langit ini amat cantik.. seolah-olah matahari baru hendak menyinar sedangkan sebenarnya waktu sedang senja.
Sengaja saya ambil beberapa kali gambar ini untuk mencari sesuatu yang unik dan menarik...





 pelbagai sudut percubaan telah diambil. almaklum orang baharu dalam dunia camera ini... adakalanya cahaya terkurang adakalanya cahaya terlebih. tangan bergegar...(kene beli tripod tu ). kene serangan nyamuk plak tu. maka lahirlah gambar yang sama tetapi dalam brbezatona warna gelap dan cerahnya.





Cuba anda lihat.. dua gambar yang berbeza...
Gambar yang pertama ialah gambar asal.
manakal gambar kedua pulak gambar yang telah di edit
Namun dua gambar ini telah menerima sentuhan ilham yang menarik... apabila di 'edit' dengan penambahan warna, maka terciptala gambar yang nampak dramatik, hidup, dan menghairahkan... wow hahahhhaa

Wednesday, February 16, 2011

GAmbar Landskap di Sabah

 Pemandangan di pantai Tanjung Aru Sabah
sangat teruja melihat keindahan alam di negeri Sabah
 pemandangan ini pula merupakan kawasan orang ramai berkelah di tepi pantai Kota Kinabalu...

 Pemandangan ini saya ambil pada waktu 7 pagi dari rumah penginapan di kaki gunung Kinabalu..Sangat cantik dan nyaman. 
 Gambar landskap ini pula pada waktu 6 pagi... masih gelap tetapi sudah kelihatan mentari...cahayanya yang membias langit melahirkan suasana yang indah
 Orkid hutan yang sangat cantik.... mudah ditemui dan flora ini diambil di kaki gunung Kinabalu
Inilah rumah tumpangan kami di kaki Gunung Kinabalu. Tempatnya agak sukar untuk sampai ke sana. Walaupun mengalami kesulitan ketika hendak ke sana iaitu di Kundasang tetapi amat berbaloi dan inilah Kiram Village
 inilah bunga Daisy  yang berjaya saya ambil gambarnya dalam view yang menarik dan unik. Walaupun saya pengguna baru camera DSLR tetapi gambar ini seolah-olah telah memberi semangat kepada saya untuk mengambil gambar lagi terutama gambar landskap.
 Flora ini saya ambil di Post pendaftaran di Gunung Kinabalu...
Kepuasan mengambil gambar jelas teserlah pada gambar ini